Monday, January 30, 2006

xpdc...satu kenangan abadi

Yeah! Yeah!! Hari ini aku akan mencaritakan kepada anda semua mengenai sebuah kumpulan rock terkenal tanahair iaitu kumpulan XPDC. Kumpulan ini ditubuhkan pada tahun 1990. Nama asal kumpulan ini ialah Tragedy. Tragedy hanya sempat menyiapkan 50% proses rakamannya apabila kumpulan ini dilanda perpecahan.Penarikan diri Yazid dan Man tobey telah mengundang Lee dan Zua sebagai penggantinya.Dengan penukaran ahli ini dan dengan nasihat penerbitnya Allahyarham J.S.Kevin nama XPDC telah dipilih sebagai nama barunya.



xpdc duduk dari kiri : Ali, Izo dan Amy
berdiri dari kiri : Lola dan Zua


Mereka lahir ketika era rock di zaman kemuncaknya.Oleh itu terlalu banyak persaingan yang perlu mereka tempuhi terutama dari kumpulan yang telah mencipta nama.Kelahirannya tidak dirasai oleh peminat rock ketika itu.Namun dari barisan artis ternama XPDC dapat mencelah nama mereka.Ianya berpunca kerana lagu mengeja C.I.N.T.A ciptaan Z.N. Kevin dan lirik oleh J.S.Kevin.Lagu mengeja ini tidak pernah ujud sebelumnya.Dengan populiriti lagu ini XPDC setapak demi setapak mengorak langkahnya.Konsep muzik mereka ketika itu banyak kepada irama Trash dan Heavy Metal.Motto XPDC ketika itu mereka tidak boleh menjadi seperti kumpulan Search,Rusty Blade atau WINGS kerana masing-masing ada 'tred mark' tersendiri.Oleh itu XPDC seharusnya mencari kelainan dari apa yang telah ada.Maka itu lahir XPDC dengan imej mereka tersendiri.Tidak dinafikan popularitinya mula mereka raih selepas kelahiran album Brutal. Mereka boleh diibaratkan seperti pepatah ' susah dahulu, senang kemudiannya".

Ketika mereka mula merangkak mencipta namanya, pemain drum mereka Lee mengambil keputusan untuk keluar dari kumpulan ini.Tempatnya telah diganti oleh Amy bekas anggota kumpulan Handy Black.Namun pengunduran Mael penyanyi utamanya telah mengundang konterversi yang paling hebat.Rata-rata peminat dan pengiat seni menjangkakan Kumpulan ini akan berkubur.Namun nama XPDC masih tetap lagi bertahan dan menjadi lebih popular.Lebih uniknya album Brutal ini telah terjual melebihi 300,000 unit satu pencapaian jualan album yang terbaik XPDC.Pengunduran Mael memberi ruang kepada Ali (bekas penyanyi Terra Rossa).Amy yang mengalami kecelakaan jalanraya telah digganti sementara oleh Lola.Setahun selepas itu Lola secara rasmi menggangotai XPDC apabila Amy mengambil keputusan untuk menarik diri.Sekarang, tempat Lola diambil alih oleh Paie kerana Lola telah menganggotai kumpulan Search.Terbaru pemain gitar bassnya ZUAR mengundur diri kerana ingin membawa haluannya sendiri.Dia digantikan oleh Yan(bekas anggota Lefthanded). Sehingga kini XPDC telah mengalami proses penukaran ahlinya sebanyak 5 kali.Namun nama mereka masih tetap menjadi sanjungan peminatnya


Aku juga telah berkesempatan menyaksikan konsert mereka di tapak ekspo di Kanchut pada tahun 2001. Memang best. Ramai peminat dari pelusuk negeri memenuhi tapak ekspo tersebut.

Dan.... kerana XPDC juga aku telah dirotan semasa zaman persekolahan dahulu kerana aku telah menconteng logo XPDC pada satu benda di sekolah aku. Macamana depa tahu aku yang conteng? Jawapannya... aku sorang saja yang pandai lukis logo seperti di atas.

Sekarang, sejak aku masuk KPTM aku telah beralih arah meminati muzik nasyid dan sewaktu dengannya.

Apapun.. XPDC tetap satu kenangan abadi.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home