Saturday, February 25, 2006

Special message from 24 years old people

Asalamualaikom w.b.t...

Pejam celik-pejam celik rupanya dah genap 24 tahun aku bernafas di alam fana ini. 24 tahun bukan 24 minit. 24 tahun bukan 24 jam.
24 tahun bukan 24 hari. 24 tahun adalah satu jangkamasa yang panjang. Kalau tanam pokok durian dah sama tinggi dengan bangunan Wan Mat Saman dah.

Aku? hampeh.. Umur dah 24 tahun tapi masih belum masuk universiti lagi. Kawan-kawan semua dah keluar "U" tapi aku baru dok merancang nak masuk "U" mana.

Apa-apapun hidup mesti terus. Bak kata pepatah "di mana kita bermula tak penting.Apa yang penting ialah di mana kita berakhir". Kita hanya perlu berjuang. Kalah menang bukan kita yang tentukan.

Semoga angka 24 akan memberi tiupan semangat baru yang lebih "power" dalam kehidupan ini.

Wassalam !!!

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home