Sunday, June 04, 2006

AKU, BAS dan MEMORI SILAM

Hujan turun dengan lebatnya tanpa ada tanda-tanda mahu berhenti. Motorsikal yang aku bawa terpaksa di"parking" di kedai motor milik seorang cina di Tok Jalai. Tangan diayun dan bas pon berhenti. Maka pada hari itu, pi pejabat pakai driver la aku.

Suasana shahdu di dalam bas HBR Group and Companies.


Kulit kusyen ni kalau aku balas buat seluar kulit pon OK gak ni

Masa aku kecik-kecik dulu, memang kalau nak pi Jitra tu kena tahan bas la. Kadang-kadang kalau terlepas bas kena tunggu la 5 jam pulak baru ada trip lain. Biasalah kampong katakan. Selalunya kalau naik bas aku dok kot belah depan. Selalunya yang dok kot belah belakang ni (selalunya bangku panjang) selalu dikaitkan dengan jejaka macho jer. Jarang anak dara dok kat bangku panjang. Aku yang dah dekat 15 tahun tak naik bas terus duduk kat bangku panjang yang dimaksudkan tu. Fuh... memang terasa macho sehingga ke tulang sumsum.

Fuh... memang macho

Cerita pasai bas ni pulak, masa mak aku beranak kat aku dulu, dia balik dari hospital naik bas aja. Biasalah takdak transport. Masa tu aku dah balik dulu dah. Sapa wak balik aku tak tau la. Mak aku kena tahan beberapa hari kat hospital pasai dia kena bedah perut masa nak beranak kat aku. Abang aku cerita, sampai kat rumah mak aku dok nangis pasai terlalu sakit.

Beberapa hari yang lepas, masa Abang aku nak dapat anak ke-2, Kak Ipaq aku pon kena belah perut gak. Tapi dia tak balik naik bas la.

Wajah anak buah aku semasa berumur 1 hari.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home