Thursday, June 14, 2007

berkhidmat untuk negara


Asalamualaikum dan salam sjahtera semua. setelah agak lama menyepi, kini aku kembali lagi dengan coretan dan membuat sedikit kemaskini pada blog aku. Apapun, thanx aku ucap kpd semua yang sudi melawat blog aku.


Oklah.. disini aku ingin bercerita mengenai perkembangan terbaru mengenai aku (mcm artis plak). Tanggal 5 JUN yg lepas, maka secara rasminya aku telah dilantik menjadi kakitangan kerajaan. JPA, iaitu jabatan yg menguruskan kakitangan kerajaan telah mengarahkan aku melapor diri di Putrajaya. (parcel berapa ntah). Gembira tidak terkata. Maklumlah, bkn senang nak jadi anggota kerajaan. Daripada berjuta2 rakyat Malaysia, cuma dalam 1.2 juta jer yg terpilih bekerja dgn kerajaan.


Aku bertolak dari A Star dengan menaiki Keretapi Tanah Melayu. Ini adalah pengalaman pertama menaiki keretapi. Selalunya tgk dlm citer hindustan jer. Harga tiket dari A Star ke KL cuma RM 20 je. Dlm tu ada cafe, surau dan yg paling penting, tandas :).


Sebaik tiba di KL Sentral, aku disambut oleh seseorang yg paling istimewa :). Kiranya sepanjang tempoh aku lapor diri aritu, dia telah atur semuanya. Thanx:)


5 JUN 2007, aku telah melapor diri di JPA. sehari suntuk gak la dengaq ceramah. Tapi takpa, makanan disediakan. Semasa melapor diri, aku telah bertemu dgn member lama zaman sekolah yang dah 8 tahun tidak ketemu. Namanya Din. Dia pun kantoi gak masa sekolah dulu. Mcm aku jgk :). Ptg tu, kami diberi surat penempatan. Aku ngan Din satu group. Kami kena lapor diri kat Kementerian Pendidikan keesokan harinya.


6 JUN 2007, aku pi dgn aku punya ehem2 kat Kementerian Pendidikan. Sama mcm semalam gak, dgr ceramah dari pg sampai ptg. Tapi makan still ada :). Ptg tu, aku terima surat penempatan yg mengarahkan aku melapor diri di Jabatan Pelajaran Perlis. Syoknya! dekat dgn umah :). Malam tu aku punya ehem2 hantaq aku naik bas "durian burung" kat Kajang. Nasib baik dia x nangis. Kalau x, jadi adegan drama swasta la kat situ.


7 JUN 2007, aku pi lapor diri kat Jabatan Pelajaran Perlis dgn ditemani mak, abg aku n aku punya anak sedara (mengekor je kejenya). Sampai kat sana, depa suruh aku pilih nak dok mana. Aku pun pilih yang paling dekat ngan area Kedah la :). Aku ditempatkan di SMK .........(x leh habaq, satgi hampa mai kacau aku masa tgh keja).


8 JUN 2007, aku pi lapor diri kat sekolah tu.


Itulah saja cerita aku. Agak panjang jgk aku taip ye?:) Biasalah.. selalunya kat cc. Skrg kat sekolah. FREE!! :) Aku baru balik semayang Jumaat ni. Boring xde keja.


Jumpa lagi!!!

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home