Sunday, November 25, 2007

CiNciN Di JaRi


Kabare bro? Korang sihat? Pertama sekali aku mintak maaf pasal lambat update blog aku.Sekarang ni agak sukar untuk aku update blog di opis pasal laman web blogger.com sudah kena block. Harap korang sume paham.

Ok, kita mulakan bicara dengan berita gumbira. Pada 24 nov yg lepas maka dengan rasminya aku telah bertunang dengan gadis pilihan ibuku iaitu Sabariah bt Mohd Yunus di Bandar Kinrara, Puchong.

Oklah bro, tiba2 je aku rasa penat nak menaip pasal dalam bilik tunang aku ini, aku sedang diganggu oleh 2 orang anak buah tunang aku iaitu Wani dan Yani. Sekiranya tunang aku mendengar luahan hatiku ini, fahamilah bahawa aku sedang "cerin" gila pada saat dan tika ini kerana ini adalah kali pertama aku dipanggil Pak Ngah.

Sekian, saya sudahi dgn serangkap pantun yang dicipta oleh wani (5 tahun).

Buah cempedak dalam badan,
Ambil galah tolong jolokkan,
Kalau saya baru belajar,
Kalau salah tolong marahkan.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home