Coretan seorang lelaki yang sedang menunggu keretanya diservis...
Lagi 4 hari umat Islam dijangka akan beraya.
Maka, tidak kiralah jika kita puasa atau tidak, kita tetap dikira akan beraya pada 1 Syawal nanti.
Kepada lembu2, kerbau2 dan kambing2 sekalian, bersedialah untuk dikorbankan.
Pada tahun ini, buat pertama kali dalam sejarah Tanah Melayu, aku akan beraya sebagai seorang Suami kepada Anak Mak Mertuaku. Walaupun persediaan hanya ala kadar sahaja, tetapi dengan bunga api dan mercun di tangan, aku yakin aku mampu menggegarkan bumi Malaya pada tahun ini.
Pepatah ada menyatakan "Ikan di Laut, Asam di Darat", maka aku akan beraya di luar negeri buat pertama kali pada tahun ini. Walaupun tiada pengalaman beraya di luar negeri, tapi aku kuatkan jua semangatku untuk berbuat demikian.
Pada tahun ini aku akan bercuti raya selama 10 hari termasuk cuti mingguan, cuti raya dan selebihnya cuti ganti. Maka setelah didarab dan dibahagikan, cuti aku untuk tahun ini cuma tinggal 10 hari sahaja lagi.
Oklah, aku nak pi tengok kereta aku dah siap atau belum. ARORE!!




0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home