"Pada Mu jua tertuju segala jalan
Pada Mu jua cinta ku serahkan
Kerna hati seorang pencinta
Pandangannya satu
Matanya hanya melihat dia
Yang melihatnya hanya dia kekasihnya" - sang pencinta
Asalamualaikum wbt,
Sesungguhnya coretan ini datangnya daripada seseorang yang bergelar lelaki. Dahulunya
dia hanyalah seorang remaja yang hanya mampu berangan-angan tentang masa depan. Mungkin remaja itu tidak menyangka bahawa 5 tahun kemudian segala angannya akan menjadi kenyataan.
Angan-angan mesti disertai dengan usaha yang jitu supaya angan-angan itu akan menjadi kenyataan. Tanpa usaha yang jitu, angan-angan hanya akan menjadi impian yang tidak akan tercapai.
Dan, dia juga mungkin tidak bermimpi bahawa pada hari ini dia akan dikurniakan seorang isteri dan isterinya pula sedang mengandung 5 minggu. (Alhamdulillah). Setinggi penghargaan ditujukan kepada Dr Zainol atas nasihatnya :).

Pada 24 Januari, aku telah ditimpa kemalangan jalanraya. Kereta mewahku telah dilanggar dari arah hadapan oleh sebuah van yang dipandu oleh seorang cina. Bahagian hadapan keretaku kemek. Mujur enjin ok. Tapi yang penting, isteriku tak ada apa-apa kerana dia sedang mengandung. (Ya Allah, selamatkanlah kandungan isteriku, Amin).
Jumpa lagi.




0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home