Wednesday, March 18, 2009

sebuah ceritera dari "Permata Kedah"

Asalamualaikom wbt
Bertemu lagi pada bulan ini dengan cerita baru.
Baru-baru ini, aku telah mengikuti rombongan Hari Keluarga anjuran opis aku ke Langkawi. Best tak terhingga kerana dapat pi Langkawi secara free. Kalau tak, sori la aku nak pi sana. Nanti terbang duit aku tujuh-lapan ratus.

Walaupun Langkawi terletak di negeri Kedah, tetapi orang ramai lebih gemar menaiki feri dari Kuala Perlis untuk ke Langkawi kerana jaraknya lebih dekat. ini penting kerana perjalanan yang lama di lautan akan menyebabkan anda mabuk laut.

Berhati-hati di lautan raya. Pandu cermat, duit selamat


Sememangnya percutian ke Permata Kedah ini mengundang seribu satu pengalaman yang sukar untuk diungkapkan dengan kata-kata. Apatah lagi isteriku juga join sekali rombongan ni, memang best. Bulan madu kali kedua la jawabnya. He he..

Akhirnya, sampai jugak orang Kuala Pilah ke Langkawi


Program yang diatur oleh pihak urusetia Hari Keluarga memang best dan telah berjalan dengan lancar sekali. Tempat penginapan kami iaitu ASEANIA RESORT memang best. Di sini, terdapat kolam mandi terpanjang di Asia Tenggara (kalau tak silap la). Bagi brader-brader yang pantang jumpa air macam aku, inilah masanya untuk berendam sepuas-puasnya.

Pertandingan berkubang beramai-ramai dalam air


Kami juga telah melakukan beberapa siri lawatan ke tempat-tempat terpilih sekitar Langkawi. Memang best boleh melawat tempat-tempat seperti Kilang Gamat, Galeria Perdana dan membeli-belah di Pekan Kuah. Aku telah bershopping sepuas-puasnya dengan dibantu oleh isteriku.

Tahun ni aku akan bawak keta ni kat Sepang. Tunggu!!!


Kami juga sempat bertemu dengan krew production drama apa ntah semasa kat tempat penginapan. Ramai gak la pelakon popular yang ada kat situ. Tapi aku tak excited sangat sebab aku cuma minat dekat Amir Raja Lawak 3 jer.

Sekali sama saiz daa...


Sesungguhnya percutian ini memang menyeronokkan.
Jumpa lagi!!!

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home