patah tumbuh hilang berganti
Asalamualaikom wbt.
Bertemu lagi setelah lama tidak bersiaran melalui alam maya.
Seperti biasa, alasan utama adalah "SIBUK".
Banyak perkara yang terjadi selama hampir 2 bulan tidak bersiaran.
Perkara paling mengecewakan tentunya berita penghijrahan Cristiano Ronaldo ke Real Madrid. Sudah tentu ianya akan memberi kesan mendalam terhadap corak serangan Manchester United pada musim depan.Diharapkan pengganti Ronaldo iaitu Antonio Valencia akan cepat mencapai keserasian bersama pasukan itu dan seterusnya memenangi hati peminat M.U.

Walaubagaimanapun, berita paling mengejutkan ialah kehadiran Michael Owen ke M.U yang diperolehi secara percuma setelah kontraknya di Newcastle United tamat pada bulan lepas. Seperti diketahui ramai, Owen merupakan bekas pemain Liverpool sebelum menyertai Real Madrid dan seterusnya ke Newcastle. Masalah kecederaan sering menghantui pemain bertubuh kecil ini yang dianggap pengganti ideal kepada Carlos Tevez.

Sampai ketemu lagi.Wassalam...




0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home