Saturday, July 18, 2009

cintaku sampai ke Ethiopia

Asalamualaikum wbt

RM 10,000
Itulah jumlah hantaran dan mas kawin "Mr Black", rakan sekelasku di Tingkatan 5 Budi semasa di SM Sains Selangor.

"Mr Black" atau nama sebenarnya Khairul Azmi B Hasan selamat bertunang dengan wanita pilihannya sendiri pada pukul 1130 pagi tadi bertempat di rumah bakal mertuanya di Bedong. Pada majlis yang sederhana tetapi meriah itu, aku dijemput oleh bakal mertua Black untuk memeriahkan majlis dan seterusnya menghabiskan makanan yang disediakan. Selamat bertunang Black!!!


Black bekerja sebagai seorang saintis di loji nuklear


Pada sebelah petangnya pulak, aku bergegas pulang ke rumah untuk menonton secara langsung perlawanan persahaban di antara Man Utd dengan Pilihan Malaysia. Keputusan yang agak memeranjatkan apabila Man Utd hanya menang tipis 3-2 ke atas skuad bimbingan K. Rajagopal. (Michael Owen menjaringkan gol untuk perlawanan pertamanya dengan Man Utd).


Michael Owen, SuperSub terbaru Man Utd


Jumpa lagi...

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home