Monday, July 20, 2009

Malaysia XI vs Man Utd (part II)

Asalamualaikum wbt...

Pada malam ini, berlangsung perlawanan ulangan antara pasukan Malaysia dan Man Utd. Man Utd telah bersetuju untuk menentang Malaysia buat kali ke-2 dalam tempoh 3 hari bagi menggantikan perlawanan persahabatan dengan pasukan Indonesia yang terpaksa dibatalkan kerana berlaku serangan pengganas di Jakarta.

Dalam perlawanan ini, Man Utd sekali lagi berjaya menewaskan Malaysia dengan jaringan 2-0. Gol-gol disumbangkan oleh Macheda dan Michael Owen. Nampaknya Owen telah menemui semula sentuhan jaringannya. Diharapkan beliau akan menjaringkan lebih banyak gol selepas ini dan seterusnya membantu United mempertahankan kejuaraan liga.


Owen - 2 perlawanan, 2 gol



Macheda - sensasi baru Man Utd


Selepas ini pasukan Man Utd akan berlepas ke Korea bagi meneruskan Jelajah Asia mereka.

Jumpa lagi!!

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home