Saturday, October 10, 2009

bahtera perubahan dalam kehidupan

Cinta untuk Nabila
Aku ciptakan sepanjang hidupku ini
Telah lama aku mencari
Kemana menghilangnya puteri

Apakan daya
Sudah suratan tertulis kita bertemu
Hingga kini setelah berpisah
Salju yang beku terlerai sudah

Oh Nabila...
Lambang cintaku kepadamu
Hingga kini oh Nabila takkan lupa
Mengingatimu

Oh Nabila...
Lambang cinta yang telah layu
Hingga kini oh Nabila
Agar kau dapat mengerti
Kepada mu puteri
Kusanjung tinggi

Lagu untuk Nabila
Aku ciptakan bila mata
Kuterpejam lena
Kuutuskan bayu yang bertiup
Menyatakan cinta untuk Nabila

-CINTA UNTUK NABILA-

Ini adalah antara lagu zaman rock kapak kegemaran aku. Nyanyian kumpulan Melissa. Penyanyi utama kumpulan ini ialah Radzi. Sekarang beliau bergelar ustaz dan bertugas dengan Majlis Agama Islam di sebuah negeri di utara semenanjung. Banyak yang dapat dikongsi apabila penulis bertemu dengan Ustaz Radzi di sebuah hotel di Jitra. Beliau sekarang bergiat aktif sebagai seorang penceramah bebas.


Ustaz Radzi (kanan sekali) semasa bersama kumpulan Melissa



Ustaz Radzi (kiri) bersama Ustaz Kholid


Bayangkan, daripada seorang rockers, kini menjadi Ustaz!!. Beliau sudah mendapat hidayah. Kita bagaimana? Pikirla sendiri.

Wassalam...

2 Comments:

At Mon Oct 12, 11:51:00 AM , Anonymous sam said...

gile ah gambar ustaz kholid dgn ustaz radzi

 
At Mon Oct 12, 12:55:00 PM , Blogger "tHe hUsBaNd" said...

MCM GURU SILAT PUN ADA

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home